Wednesday, November 17, 2010

PKR SEDANG MENUJU KE ARAH KEHANCURAN?.

Masalah dalam PKR bukan bermula dari kisah Zaid Ibrahim sekarang. Kisah kehancuran dalaman PKR ini bermula dari ADUN Cangkat Jering Mohd. Osman dan ADUN Behrang, Perak Mat Radzi keluar dari PKR telah memberi tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri Perak yang sekali gus bertukar tangan kepada UMNO/BN. Walau pun masalah dalam Parti PKR menyebabkan mereka keluar dari Parti, tetapi berbagai-bagai cerita yang karut telah di bawa oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak untuk membuurukan UMNO dan Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat tidak mahu terima kenyataan sebenar. Beliau masih dalam posisi denial punca sebenar kehilangan kuasa parti Pakatan Rakyat di Perak.
Selepas kedua-dua Adun itu, tiba giliran ADUN PKR Selangor dari Port Kelang Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR. Ini diikuti pula giliran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohhamad Fairus Khairudin, Ahli Parlimen Zahrain Mohd Hashim dari Bayan baru, Ahli Parlimen Tan Tee Beng dari Nibong Tebal, Ahli Parlimen dari Bagan Serai Mohshin Fadzli Samsuri, ADUN Kedah Tan wei Shu dan Adun Lunas Mohammad Radzi Salleh, Ahli Parlimen Bandar baru Zulkefli Nordin dan Ahli Parlimen Wee Chee Keong. Dalam pada itu Hulu Selangor telah dirampas dari PKR. Persoalan sekarang bolehkah PKR boleh bertahan sehingga Pilihan raya 13 yang menanti diambang tahun 2011 nanti?.

Ahli-ahli PKR perlu sedar PKR adalah sebuah parti politik berjuang untuk seorang induvidu yang kecewa dalam politik yang ingin menjadi Perdana Menteri. Politiknya berkisar dalam kekeluargaan anak beranak. Maka Parti PKR yang asal Parti keadilan yang ditubuhkan pada 1999 itu cuma berkisar memuaskan seorang bekas Timbalan Perdana menteri yang gagal menerajui Kerajaan. Apakah ideologi Parti PKR sebenar?. Parti politik dalam negara demokratik selalunya berkisar kepada keadilan (fairness) mengadili setiap pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti politik. Ketidak adilan akan berlaku apabila pertembungan diantara induvidu dan sesuatu kumpulan dalam parti seperti PKR bertanding merebut jawatan tertinggi dalam parti. Maka dasar membuli akan berlaku pada induvidu dengan kumpulan keluarga yang ingin manupulasi sistem undian mengikut sistem demokrasi. Maka pecahan dalam parti politik akan berlaku dan akan menghancurkan parti politik itu. Apakah reformasi politik PKR cuba mempertengahkan untuk rakyat ini?. Parti politik adalah berfungsi sebagai wadah bagi Politik Demokratik. Ia bukan saja menghubung rapat di antara pengundi dan polisi parti tetapi mendukung aspirasi rakyat dalam sisitem demokratik. Apakah Parti politik PKR boleh mendukung demokrasi ini didalam negara ini?. Ahli-ahli PKR perlu sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka.

No comments:

Post a Comment