Thursday, November 18, 2010

KENALI PARTI DAP DI PERAK DAN PULAU PINANG..

Siapa PARTI DAP ini sebenarnya dan apakah Ideologi Politik DAP semakin mantap dan mengorak langkah dalam politik Tanah Air?. Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party) adalah parti serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. Parti DAP telah didaftarkan di Malaysia pada 18 Mac 1996. Parti DAP adalah sebuah parti berfahaman "Sosialis Demokrat" dan masih menjadi ahli dalam Sidang Sosialis Antara-bangsa di Geneva. Apakah makna fahaman 'sosialis' ini?. 'Sosialism' adalah sebuah pemikiran falsafah revolusi dengan berideologikan untuk menjadikan semua manusia ini adil dan kesamarataan tanpa mengira bangsa, kaum, jantina, agama, negara dan apa juga yang perkara yang boleh memisahkan diantara manusia itu termasuk agama. Bagi sosialis agama bukan satu perkara yang penting dalam masyarakat. Ini agak bertentangan dengan akidah Islam. Pendek kata 'Sosialisme' adalah satu fahaman komunis yang telah diubah-suai mengikut Ideologi Demokratik. Majoriti ahli parti DAP ini adalah Orang Cina dan minoriti terdiri dari kaum India. Tetapi parti ini didominasikan oleh kaum Cina. DAP memang parti "Chaunis" kerana orang Cina sememangnya adalah kaum chaunis yang kuat pegang kepada identiti "kecinaan" mereka. Arus politik DAP dari awal lagi berlandaskan sosialime ini yang menentang perbedzaan hak asasi kemanusian, atau pun khasnya menentang hak-hak istimewa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara, Dasar Ekonomi Baru Negara, dengan matlamat setiap kaum adalah sama dan tidak ada perbedzaan dan taraf. PERJUANGAN DAP INI SEOLAH-OLAH UNTUK MENIDAKAN SEJARAH NEGARA INI!.

Parti DAP ini lupa, kestabilan negara ini bergantung kepada perjanjian kaum dalam perlembagaan perkara 153 atau ia di gelar dalam persepsi politik " kontrak sosial" yang dipersetujui. Parti politik yang terbaik adalah dikatakan memberi keutamaan kepada suasana harmoni, keamanan, dan menjana ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyatnya. Orang Melayu marah dan benci terhadap DAP ini kerana orang Melayu bimbang kepada kemaraan DAP kini dengan berideologikan politik sosialis ini akan menyerap masuk dalam kelompok Melayu dalam Pakatan Rakyat seperti ahli-ahli muda dari kalangan Parti Pas dan PKR dan termasuk juga mempengaruhi golongan muda dan rakyat bukan Melayu di negara ini. Orang Melayu perlu cepat sedar dan cepat bertindak untuk menghindarkan ideologi Sosialisme DAP ini. Hak Melayu perlu dipertahankan melalui memperkasakan Parti-parti Politik Melayu dengan integeriti pimpinan (karisma), bersih dari rasuah, tidak tamak harta dan belajar hidup sederhana. Pemimpin politik Melayu perlu memenangi keyakinan rakyat melalui penawaran perkhidmatan yang terbaik kepada kepada pengundi dan rakyat jelata. Pemimpin UMNO terutamanya perlu memahami DAP ini kerana mereka kreatif, keaktifan mereka mendampingi rakyat. UMNO perlu mengerakan perjuangan sebenar UMNO kepada rakyat negara ini bukan hanya memberi ceramah saja tetapi melaui tindakan. UMNO perlu belajar dari DAP bagaimana Kejayaan Parti DAP menguasai Perak sebelum ini dan Pulau Pinang. Walau pun ia menjadi cemuhan dan kemarahan setiap ahli UMNO di Perak dan Pulau Pinang tetapi perlu fikirkan secara positif ia adalah kegigihan dan kerajinan para ahli DAP yang berkerja tanpa upah atau pangkat kebesaran. Parti DAP ini tidak tahu makna kalah dan tidak pernah undur dari perjuangan mereka. Akhirnya mereka menguasai Pulau Pinang selepas 40 tahun berusaha dengan kuat tetapi UMNO dan Parti Komponen Kaum Cina lain lalai dan asyik tuduh menuduh yang lain. Semangat dan cara berkerja DAP di Pulau Pinang perlu dicontohi dan bukannya mencari alasan mudah menyalahkan orang lain dan mencari alasan untuk kembali menguasai Pulau Pinang dengan jalan yang mudah. Onak dan duri diperjalanan perlu dilalui kalau UMNO/BN ingin menguasai Pulau Mutiara kembali dan Negeri Perak jatuh ketangan DAP kembali.

Walau pun MCA dan Gerakan adalah Parti kaum majoriti Cina di Pulau Pinang di senangi orang Melayu di Pulau Pinang kerana lebih banyak berurusan dengan orang Melayu iaitu UMNO kadangkala bertelingkah dan bertelagah tetapi mereka sedia tahu bahawa hanya satu sahaja cara jalan keluar iaitu dengan rundingan boleh meletakan Gerakan/ MCA lebih berkesan dari DAP memimpin Pulau Pinang. Tetapi ramai orang Melayu tidak mengetahui ketiga-tiga parti kaum Cina ini akan bersatu hati dalam isu-isu melibatkan pendidikan, bahasa dan kebudayaan. Mereka cuma akan membawa haluan masing-masing bila tiba perkara-perkara melibatkan politik dan perniagaan. Tetapi bagi orang Melayu adakah mereka bersatu hati bila "Hak keistimewaan Melayu", Dasar Ekonomi Baru, Isu "Allah"?. Orang Melayu Pas dan PKR kini diresapi Ideologi sosialisma DAP menentang hak ketuanan Melayu itu tidak sedar apa yang mereka perkatakan itu. Bukankah ini sudah terang untuk mengatakan PAS dan PKR telah diresapi Ideologi DAP ini?. Kini DAP semakin mantap kerana mempunyai perisai agama melalui ulama-ulama Parti Pas untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam masyarakat majoriti Islam. Kerjasama Pas dan DAP yang dianggap sukar kini telah menunjukkan tanda-tanda kerjasama. Lihat saja bagaimana Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching telah dihentam oleh UMNO telah mara dipertahankan oleh Parti Pas. Walau pun Parti Pas mengetahui ideologi parti PAS "negara Islam Visi Pas" tidak diterima oleh DAP.

Tindakan marah kita yang tidak bertempat yang ditunjukan segelintir ahli politik Melayu di Pulau Pinang an Perak cuma akan memberi semakin kekuatan kepada parti DAP. Cuba renungkan percubaan DAP ingin menguasai Pulau Pinang menerusi pelbagai projek yang tidak masuk akal seperti Projek Tanjung 1, 2 dan 3 telah gagal tetapi akhirnya membuahkan hasil yang diharapkan oleh DAP. DAP berjaya menguasai Pulau Pinang bukanlah disebabkan tsunami Politiik 2008 atau pun faktor nasional sebenarnya tetapi kerja keras yang tak kenal penat dan kegagalan. Kalau tidak siapa lupa pada tahun 1990 di mana mereka hampir mencipta kejutan di Pulau Pinang dengan memenangi 14 kerusi berbanding dengan Gerakan cuma perolehi tujuh kerusi. Bukankah pada masa itu sepatutnya UMNO/BN sudah mencium baunya DAP sedang bergerak untuk menguasai Pulau Pinang?. UMNO di Pulau Pinang dan di Perak perlu ingat, mereka tidak ada jalan mudah untuk menguasai Pulau Pinang dan mempertahankan Perak, sekiranya mereka gagal berkerjasama dengan parti komponen bukan Melayu. Setiap kali mereka memberi kenyatan akhbar yang memburukan DAP, setiap kali DAP cuba membaiki kelemahan mereka menjadi lagi mantap dan perkasa. UMNO/BN Pulau Pinang sebenarnya tidak ingin merampas kembali Pulau Pinang apabila setiap kali buka mulut besar didepan media kerana mereka ingin pengundi bukan Melayu menjauhi UMNO/BN dan rapatkan kepada DAP. Perkara begini lebih menguris hati bukan Melayu dan secara tidak langsung memberikan kekuatan kepada DAP terus menguasai Pulau Pinang. Kata-kata guris ini sesuai digunakan di negeri-negeri yang punyai penduduk Melayu lebih 80 peratus bukan sesuai di Pulau Pinang yang penduduk Melayu sekitar 48 peratus saja. UMNO Pulau Pinang dan Parti Komponen BN perlu ubah dari bercakap kosong kepada kerja keras seperti aktivis parti DAP. Pendekatan yang diambil oleh Lim Guang Eng yang meniru Khalifah Umar Abdul Aziz sepatutnya di rampas dan dipraktikan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang. Marah dengan apa yang LGE buat itu cuma dapat sindiran dari orang Islam Pulau Pinang. Membuat demonstrasi untuk jatuhkan DAP di Pulau Pinang cuma mengundang kebencian UMNO/BN pada pengundi bukan Melayu.

Demokrasi adalah lapangan terbaik untuk menolak DAP dari Pulau Pinang dan di Negeri Perak. Ini adalah cara yang terbaik tanpa melukan hati, kulit dan mencelakan tubuh pengundi Pulau Pinang dan di Perak. Masalah politik negara pelbagai kaum adalah rumit. Mana-mana orang yang realistik boleh lihat di mana letaknya kerumitan ini terutamanya membincangkan hal masyarakat yang berlainan kaum dengan masyarakat Melayu yang merupakan rakyat Peribumi negara ini dan masyarakat Cina yang telah memainkan peranan yang luas dalam memajukkan negara ini melalui ekonomi. 1 Malaysia mulai diterima oleh majoriti bukan Melayu di negara menunjukkan pengundi bukan Melayu mula beralih kepada UMNO/BN, walau pun pendekatan baru 1 Malaysia mungkin akan meminggirkan penyokong tradisional atau "ahli hard-core" Melayu tetapi ini adalah yang terbaik untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu.

No comments:

Post a Comment